PELEPASAN PRODUK SAMBAL NASI LEMAK SYILIS KE SAUDI ARABIA
Tahniah diucapkan kepada #RakanUsahawanPUNB, Syilis Food Manufacturing Sdn Bhd, atas kejayaan mengeksport produk ke Arab Saudi!
Pejabat PUNB Cawangan Perak dengan berbesar hati telah menghadiri Majlis Pelepasan Kontena Syarikat Syilis Food Manufacturing ke Arab Saudi yang berlangsung pada Selasa, 12 Julai 2025, di Siputeh, Perak.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Salbiah Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak.
Produk yang dieksport adalah sambal nasi lemak Syilis, dibekalkan kepada Saudi Airlines, dan ini adalah penghantaran kali ketiga. Bermula dengan tempahan sebanyak 1,000 pek, kini Syilis Food Manufacturing berjaya menerima tempahan sehingga 9,000 pek sambal pelbagai jenis.